.

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Aktiviti Dalam Bengkel

Khamis, 24 Jun 2010

Panduan Memilih Peti Sejuk





Peti ais atau peti sejuk merupakan satu keperluan. Memilih peti sejuk perlulah mengambil kira, jumlah isi rumah, jangka masa simpanan barangan, fungsi-fungsi tambahan dan belanjawan pembelian.

Menggantikan peti sejuk lama, boleh menjimatkan daripada segi penggunaan elektrik. Peti sejuk model terkini lebih menjimatkan elektrik berbanding model sebelum tahun 2002. Hampir semua model peti sejuk kini lebih jimat tenaga elektrik berbanding dahulu.

Semakin besar peti sejuk, semakin mahal harganya. Bertambah fungsi disertakan, semakin naik harga peti sejuk. Model peti sejuk dua pintu atau lebih, iaitu bahagian pembeku ais pintu diasingkan sama ada atas atau bawah, adalah lebih mahal berbanding model peti ais satu pintu.

Peti ais daripada jenama yang dikenali adalah lebih mahal, tetapi jaminan dan ketahanan diketahui dan boleh dipercayai.

Jika jumlah isi rumah seorang ke empat orang, peti sejuk bawah 300 liter adalah bersesuaian. Kebanyakan model dalam kategori ini adalah satu pintu dan biasanya dengan harga RM1000 kebawah. Fungsi tambahan jarang terdapat hanya fungsi asas menyejuk dan membeku sahaja.

Jika sebuah keluarga membeli barangan mentah untuk simpanan seminggu, maka peti sejuk yang dicadangkan adalah sekitar 300 ke 350 liter. Semakin bertambah besar isi padu semakin meningkat harganya. Harga bagi model 300 liter ke atas adalah diantara RM1000 hingga ke RM1500. Yang lebih mahal lagi dengan isi padu sebegini adalah kerana penambahan pelbagai fungsi.

Dicadangkan bagi yang menyimpan barangan mentah untuk jangka masa seminggu, dapatkan peti ais dengan fungsi membunuh bakteria atau yang boleh menyimpan sayur-sayuran segar lama. Antara fungsi-fungsi tambahan adalah, kaca tidak mudah pecah, tahan tumpah, kaca ruang boleh keluar dan pelbagai. Peti sejuk dengan pintu keluli tahan karat, hanyalah penambahan harga dan gaya, tanpa kebaikan tambahan.

Peti sejuk dua pintu, dikatakan dapat mengurangkan jumlah penggunaan tenaga elektrik. Oleh kerana ruang beku dipisahkan dengan ruang sejuk, maka ruang beku jarang dibuka dan akan tetap suhunya. Dalam peti sejuk model satu pintu, suhu ruang beku akan sentiasa berubah yang diakibatkan oleh pintu sering dibuka dan ditutup. Ini menyebabkan peti sejuk akan lebih bekerja untuk menetapkan suhu dalam ruang beku.

Bahagian getah sekeliling pintu peti sejuk adalah bahagian yang mula-mula akan haus. Cuba dapatkan peti sejuk dengan bahagian getah saiz yang lebar dan dapatkan nilaian ujian ketahanan getah ini. Jenama terkenal biasanya membuat nilaian ketahanan berapa jumlah bukaan pintu peti sejuk getah ini akan bertahan. Pilihlah peti sejuk yang pengeluarnya keluarkan jumlah ketahanan dalam dokumennya.

Peti sejuk dengan "Defros" secara automatik adalah fungsi yang boleh dipertimbangkan. Malah ada model dengan selanggara minimun, seperti tidak perlu membuang air yang dicairkan, ia akan dikeringkan sendiri. Fungsi-fungsi ini adalah penambahan, jika penambahan harga dalam belanjawan anda, maka ia boleh dipertimbangkan.


Belilah peti sejuk yang bersesuaian dengan keperluan rumah. Fungsi-fungsi tambahan nampak canggih tetapi membuat harga peti sejuk lagi mahal. Fungsi membasmi bakteria dan kekal segar antara fungsi yang boleh dipertimbangkan sekiranya mampu untuk bayar lebih. Pastikan saiz peti sejuk bersesuaian dengan ruang rumah yang akan diletakkan peti sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Peminat kami