.

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Aktiviti Dalam Bengkel

Khamis, 8 Julai 2010

Pertukaran pelajar dari Bukit Tinggi,Indonesia

Selamat datang kami ucapkan kepada 4 pelajar dari sekolah Bukit Tinggi,Indonesia. Pelajar pelajar tersebut yang terdiri dari 2 orang pelajar perempuan dan 2 orang lelaki akan di tempatkan di beberapa buah kelas di tingkatan 4. malangnya kelas kami tidak terlibat dalam penempatan tersebut namun kami tetap gembira maklumlah pelajar luar negara berada sekolah kami.Bangga tu..apa pun kami warga 4PPU mengucapkan selamat datang....semoga mendapat kenangan yang manis sepanjang berada di sini.

Jumaat, 2 Julai 2010

Aktiviti minggu ini (28 Jun 2010 - 2 Julai 2010)

28 Jun 2010


Pada isnin yang lepas,maka tamatlah minggu PSS yang mana telah di jalankan selama 1minggu,banyak aktiviti yang telah dijalankan seperti kuiz, Tayangan filem, Bacaan buku-buku baru di perpustakaan.Tahniah kepada pelajar-pelajar yang memenangi pertandingan yang di sertai.

Minggu koperasi juga telah dijalankan pada minggu ini bermula dari 28 Jun hingga 2 Julai 2010 yang mana pelancarannya telah di laksanakan pada waktu perhimpunan. Upacara simbolik menanam pokok bunga oleh Ayahanda Tuan Pengetua telah di adakan bagi merasmikan pembukaan minggu koperasi. Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu koperasi.Tahniah kepada pelajar yang menyertai.



Selain itu juga, khursus LMS bagi guru-guru yang terlibat juga telah di adakan pada hari tersebut. Pelbagai ragam guru yang boleh di lihat sewaktu kelas dijalankan,maklumlah orang putih yang mengajar.apapun selamt berkhursus buat semua guru


30 Jun 2010

Pada pagi 30 Jun pula, bukan main lagi cikgu cikgu kita bergaya habis dengan baju korporat.nampak macam orang orang korporat plak..semuanya hensem dan cun cun belaka.


ni plak gambar kandid masa sesi fotografi di jalankan


semua guru dah tak sabar nak ambil gambar


selepas sesi bergambar,program laluan kerjaya bagi pelajar pelajar dan jualan telah di adakan bermula dari 7.30 pagi hingga 12.20 tengahari.Beberapa buah intitusi pengajian tinggi awam dan swasta terlibat bagi memberi gambaran awal kepada para pelajar.Di antaranya UniKL MFI,Politeknik,UniSEL dan banyak lagi. 




Dalam masa yang sama cabutan bertuah dan aktiviti jualan telah dijalankan bagi memeriahkan lagi program tersebut


Khamis, 1 Julai 2010

Makanan Dalam Peti Sejuk Selamatkah Dimakan?



Peti sejuk memang menjadi tempat menyimpan makanan agar tahan lebih lama. Bakteria yang menyebabkan makanan basi atau cepat rosak, lazimnya tidak boleh membiak di dalam peti sejuk. Tetapi fakta ini benar sekiranya anda menjaga atau 'mengurus' peti sejuk dengan betul.
Untuk memastikan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk masih selamat dimakan, baca dan amalkan tip ini:
1. Pastikan suhu peti sejuk sentiasa berada pada suhu yang betul; antara 0 - 4 darjah celsius.
2. Bahagian sejuk beku perlu bersuhu -18 darjah celsius (0 darjah F) atau lebih rendah.
3. Pintu peti sejuk hendaklah sentiasa ditutup dan hanya dibuka apabila perlu sahaja.
4. Jangan simpan barang sehingga peti sejuk penuh, kerana udara perlu beredar untuk kekal sejuk.
5. Jika ingin menyimpan yang sudah dimasak, pastikan ia telah sejuk sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
6. Elak guna bahan pencuci berkimia untuk membersihkan bahagian dalam peti sejuk. Sebaliknya guna air suam yang dicampur dengan perahan jus lemon atau cuka putih.
7. Bersihkan peti ais seminggu sekali; periksa barang-barang yang disimpan, jika ada yang melebihi tarikh luput, buang saja.
8. Agar peti ais tidak berbau, simpan sekotak soda penaik (dibuka penutupnya) di dalam peti sejuk.

Penyertaan SMVAS Dalam SIR (Spell It Right Challenge) 2010




Wah..bangganya salah sorang pelajar 4PPU akan muncul di kaca televisyen tak lama lagi..Nur Azaliya Mohd Kamil (4PPU),merupakan salah seorang wakil dari SMVAS yang telah menyertai pertandingan Spell It Right Challenge anjuran NST yang diadakan pada 27 Jun 2010 baru-baru ini.



Walaupun penyertaan kali ini tidak membuah kemenangan, namun pastinya ia merupakan pendedahan yang boleh memberi pengalaman istimewa kepada pelajar. Apa yang penting kita mestilah memberi segenap peluang kepada pelajar-pelajar kita untuk menampilkan bakat masing-masing.Tahniah...teruskan usaha anda... :)

Jumaat, 25 Jun 2010

Suasana pnp dalam bengkel

Kebanyakan waktu pnp kami adalah di dalam bengkel. Kalau nak tahu macamana gelagat kami waktu dalam bengkel,jom tengok gambar ni.

 MALU NAK AMBIL GAMBAR....



SEMANGATNYA.. BELAJAR RAJIN-RAJIN YE..


 

USAHA TANGGA KEJAYAAN 


itulah serba sedikit gambaran macamana keadaan kami sewaktu PnP di jalankan...Doakan kami semoga menjadi pelajar yang rajin belajar,sentiasa menghormati guru dan anak yang soleh.........Amin...

Punca-punca Pencemaran Udara


1. PENDAHULUAN

Bumi secara semulajadinya menerima beban pencemaran udara daripada fenomena alam semulajadi seperti letupan gunung berapi, pembakaran hutan akibat dari panahan petir dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Bumi mempunyai 'kaedah semulajadi' bagi menangani pencemaran semulajadi ini. Apabila manusia mula menjalankan aktiviti perindustrian mahupun aktiviti harian, pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan Bumi tidak mampu lagi 'memikul' beban pencemaran tersebut.

2. AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN
Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi.  


3. KENDERAAN MOTOR
Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api  fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap.
4. PENJANAAN KUASA 
Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.
5. AKTIVITI HARIAN
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.
6. PEMBAKARAN TERBUKA
Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya.

Aktiviti Kelas (Kecerian kelas)

Pada hari ahad ini 27 Jun 2010, kelas 4PPU akan mengadakan gotong royong untuk menceriakan lagi kelas 4PPU berikutan prestasi kebersihan yang amat menyedihkan.Kepada semua pelajar 4PPU yang tinggal di luar asrama,jangan lupa untuk turut serta membersihkan kelas kita.keceriaan menjamin keselesaan untuk kita belajar.sekian,terima kasih.....

Pelajar 4PPU pun aktif juga dalam sukan


Kalau tengok tuan punya badan,nampak kurus je..tapi ibarat kata orang, kecil-kecil cili padi. Siapa sangka salah seorang pelajar 4PPU, Azfar telah berjaya mewakili sekolah dalam acara lompat tinggi..tahniah.teruskan usaha anda.tapi pelajaran jangan di abaikan.

Khamis, 24 Jun 2010

Pertukaran Jadual

Bermula isnin yang lepas, jadual bagi pnp telah di rombak berikutan pertukaran waktu aktiviti Kokurikulum. Kebiasaannya waktu kokurikulum adalah di sebelah petang pada setiap hari rabu. Memandangkan tahap kedatangan para pelajar menghadiri aktiviti kokurikulum amat  menyedihkan, pihak sekolah telah menukar waktu nya ke sebelah pagi,jadi sekarang masalah kehadiran dapat di atasi hampir 100%.Syabas untuk semua. Walaupun terpaksa mengorbankan sedikit masa tapi ini semuakan untuk kebaikan kita.betul tak??jadi jangan nak ponteng lagi..ubah sikap dan pemikiran kita..teruskan usaha...

Air-cond oh air-cond.....

Bilakah penghawa dingin (air-cond) kereta perlu diservis & apakah kesan sampingan jika ia tidak pernah diservis?



Seperti penyelenggaraan berkala kenderaan, penghawa dingin kenderaan juga mempunyai jadual penyelenggaraan tertentu mengikut spesifikasi kenderaan yang ditetapkan oleh pengilang. Ia bertujuan untuk memastikan keselesaan & kesihatan pemandu serta penumpang. Sama seperti kereta penumpang biasa jadual penyelengaraan yang disarankan adalah setiap 18 bulan atau 20,000 ke 30,000 kilometer perjalanan. Tujuan penyelenggaraan ini adalah untuk memastikan supaya sistem penghawa dingin ini sentiasa beroperasi dengan baik & sempurna, di samping itu juga penyelenggaraan ini adalah penting untuk memastikan kesihatan pemandu serta penumpang. Penghawa dingin yang kotor akan menghasilkan habuk serta bakteria yang tidak sihat & ini akan mendatangkan kesan kepada pesakit yang menghidapi asma terutamanya pada kanak-kanak serta mereka yang telah berusia.

Kadangkala ia juga merbahaya kepada mereka yang sensitif atau alah pada habuk yang akan menyebabkan kegatalan pada kulit terutamanya pada bahagian muka. Pada mereka yang menghidap resdung kemungkinan diserang selesema adalah tinggi. Penghawa dingin kenderaan akan cepat menjadi kotor jika dibandingkan dengan penghawa dingin di rumah atau pejabat kerana keluasan dalaman kenderaan yang terhad serta komponen penyejukan yang hampir dengan alas lantai. Habuk serta kotoran yang ringan akan disedut terus dari pelapik kaki & tempat duduk terus ke gelung penyejuk atau 'cooling coil' menerusi kipas (blower motor) ketika udara serta habuk ini melalui celah-celah cooling coil. Seterusnya habuk tersebut akan terlekat pada permukaan dinding serta liang cooling coil kerana permukaannya sememangnya berkeadaan lembap disebabkan aktiviti gas penghawa dingin yang berada dalam cooling coil tersebut.

Lama-kelamaan kotoran ini akan menghakis permukaan cooling coil & akan menyebabkan kebocoran gas penghawa dingin dalam kenderaan. Proses servis penghawa dingin ini akan melibatkan beberapa komponen penghawa dingin termasuk pembersihan kipas (blower motor fan), cooling coil, motor pemampat tekanan (air-cond compressor), dan juga penukaran pada injap gas (expansion valve) & penapis gas (receiver dryer). Kebanyakan pengguna melakukan kesilapan dengan beranggapan sistem penghawa dingin ini hanya perlu diservis apabila ia tidak sejuk lagi. Sebenarnya bila sistem penghawa dingin ini tidak sejuk lagi bermakna sudah ada komponen yang rosak atau bocor & ini tidak lagi boleh dianggap sebagai proses servis tetapi adalah proses pembaikan dan bila pembaikan dilakukan kosnya adalah lebih tinggi dari proses penyelenggaraan.

Oleh itu, anda perlu selalu mengikut atau meneliti jadual penyelenggaraan yang dinasihatkan. Paling penting ialah melakukan penyelenggaraan atau pembaikan di bengkel yang bertauliah serta diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan memastikan bengkel mereka memiliki sijil pengiktirafan. Gas penghawa dingin yang dibenarkan adalah dari jenis R134A. Lakukan pembersihan penghawa dingin dengan lebih kerap jika anda selalu menggunakan kenderaan ini dalam pemanduan di bandar & sentiasalah utamakan kesihatan dan keselamatan anda serta penumpang yang lain.

Panduan Memilih Peti Sejuk





Peti ais atau peti sejuk merupakan satu keperluan. Memilih peti sejuk perlulah mengambil kira, jumlah isi rumah, jangka masa simpanan barangan, fungsi-fungsi tambahan dan belanjawan pembelian.

Menggantikan peti sejuk lama, boleh menjimatkan daripada segi penggunaan elektrik. Peti sejuk model terkini lebih menjimatkan elektrik berbanding model sebelum tahun 2002. Hampir semua model peti sejuk kini lebih jimat tenaga elektrik berbanding dahulu.

Semakin besar peti sejuk, semakin mahal harganya. Bertambah fungsi disertakan, semakin naik harga peti sejuk. Model peti sejuk dua pintu atau lebih, iaitu bahagian pembeku ais pintu diasingkan sama ada atas atau bawah, adalah lebih mahal berbanding model peti ais satu pintu.

Peti ais daripada jenama yang dikenali adalah lebih mahal, tetapi jaminan dan ketahanan diketahui dan boleh dipercayai.

Jika jumlah isi rumah seorang ke empat orang, peti sejuk bawah 300 liter adalah bersesuaian. Kebanyakan model dalam kategori ini adalah satu pintu dan biasanya dengan harga RM1000 kebawah. Fungsi tambahan jarang terdapat hanya fungsi asas menyejuk dan membeku sahaja.

Jika sebuah keluarga membeli barangan mentah untuk simpanan seminggu, maka peti sejuk yang dicadangkan adalah sekitar 300 ke 350 liter. Semakin bertambah besar isi padu semakin meningkat harganya. Harga bagi model 300 liter ke atas adalah diantara RM1000 hingga ke RM1500. Yang lebih mahal lagi dengan isi padu sebegini adalah kerana penambahan pelbagai fungsi.

Dicadangkan bagi yang menyimpan barangan mentah untuk jangka masa seminggu, dapatkan peti ais dengan fungsi membunuh bakteria atau yang boleh menyimpan sayur-sayuran segar lama. Antara fungsi-fungsi tambahan adalah, kaca tidak mudah pecah, tahan tumpah, kaca ruang boleh keluar dan pelbagai. Peti sejuk dengan pintu keluli tahan karat, hanyalah penambahan harga dan gaya, tanpa kebaikan tambahan.

Peti sejuk dua pintu, dikatakan dapat mengurangkan jumlah penggunaan tenaga elektrik. Oleh kerana ruang beku dipisahkan dengan ruang sejuk, maka ruang beku jarang dibuka dan akan tetap suhunya. Dalam peti sejuk model satu pintu, suhu ruang beku akan sentiasa berubah yang diakibatkan oleh pintu sering dibuka dan ditutup. Ini menyebabkan peti sejuk akan lebih bekerja untuk menetapkan suhu dalam ruang beku.

Bahagian getah sekeliling pintu peti sejuk adalah bahagian yang mula-mula akan haus. Cuba dapatkan peti sejuk dengan bahagian getah saiz yang lebar dan dapatkan nilaian ujian ketahanan getah ini. Jenama terkenal biasanya membuat nilaian ketahanan berapa jumlah bukaan pintu peti sejuk getah ini akan bertahan. Pilihlah peti sejuk yang pengeluarnya keluarkan jumlah ketahanan dalam dokumennya.

Peti sejuk dengan "Defros" secara automatik adalah fungsi yang boleh dipertimbangkan. Malah ada model dengan selanggara minimun, seperti tidak perlu membuang air yang dicairkan, ia akan dikeringkan sendiri. Fungsi-fungsi ini adalah penambahan, jika penambahan harga dalam belanjawan anda, maka ia boleh dipertimbangkan.


Belilah peti sejuk yang bersesuaian dengan keperluan rumah. Fungsi-fungsi tambahan nampak canggih tetapi membuat harga peti sejuk lagi mahal. Fungsi membasmi bakteria dan kekal segar antara fungsi yang boleh dipertimbangkan sekiranya mampu untuk bayar lebih. Pastikan saiz peti sejuk bersesuaian dengan ruang rumah yang akan diletakkan peti sejuk.

Rabu, 23 Jun 2010

Tamatnya cuti sekolah....

Bermula isnin yang lepas, pelajar telah kembali kembali ke sekolah untuk meneruskan pnp seperti biasa. Setelah 2 minggu bercuti dan merehatkan minda dan fizikal,warga SMV Ampangan terutamanya pelajar-pelajar dan guru-guru kelas 4PPU diharapkan dapat meneruskan tugasan harian masing-masing dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat.. Tentunya banyak aktiviti samada yang menggembirakan atau mungkin juga mendukacitakan yang telah di berlaku dalam tempoh tersebut, Apapun,kami harap ia menjadi pengalaman yang bermakna dalam hidup kita..Amin...Belajar rajin-rajin ye... :)

Khamis, 3 Jun 2010

Tips Menjadi Pelajar Cemerlang


Disini kami ada memaparkan sedikit tips yang kami harapkan berguna dan manfaat untuk semua rakan pelajar..selamat membaca dan beramal......

Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.
Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 15 tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang:
1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.
3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.
4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan/praktikkan.
5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.
6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.
7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.
8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.
9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.
10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.
11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.
12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.
13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.
14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.
15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.

Sumber : Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah

Rabu, 2 Jun 2010

Anugerah kecemerlangan Ujian Bulan April

Alhamdulillah....Seramai 4 pelajar dari kelas 4 PPU telahpun berjaya meraih beberapa anugerah pada majlis kali ini yang berlangsung pada 3 Mei 2010. SAIFUDDIN BIN MUSA KUTTY menjadi pelajar terbaik dalam matapelajaran Penyamanan Udara manakala SITI ZALEHA BINTI KAMARULZAMAN berjaya merangkul gelaran pelajar terbaik dalam matapelajaran Penyejukan. MOHAMMAD RAHIMI BIN MOHAMMAD SHARIFF dan MUHAMMAD AMIR RUSDI BIN CHE ROSLIE pula berjaya meraih markah tertinggi dalam matapelajaran matematik.. SYABAS......Teruskan usaha kalian...Chayoook!!!!!!!!! :)
   


Pelajar terbaik untuk matapelajaran Matematik

MOHAMMAD RAHIMI BIN MOHAMMAD SHARIFF

MUHAMMAD AMIR RUSDI BIN CHE ROSLIE


Pelajar terbaik untuk matapelajaran Penyejukan


SAIFUDDIN BIN MUSA KUTTY


Pelajar terbaik untuk matapelajaran Penyamanan Udara
SITI ZALEHA BINTI KAMARULZAMAN


Selasa, 1 Jun 2010

Mutiara kata


                 Alhamdulillah...bersyukur ke hadratNYA, kami baru sahaja selesai menduduki peperiksaan pertengahan tahun bermula 20 hingga 27 Mei yang lalu..Semoga dengan usaha keras para guru dan pelajar-pelajar membuahkan hasil yang memberangsangkan.. Di sini kami juga ingin mengucapkan selamat bercuti dan di harapkan rakan-rakan pelajar tak lupa untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru....

Peminat kami